Libat Urus PERKESO Sibu di PEDi Rantau Panjang

23 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Januari 2024, Isnin Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah dikunjungi agensi PERKESO Sibu untuk program libat urus tentang skim keselamatan sosial yang bermula dari pukul 11:00 pagi sehingga 1:00 petang. Progran tersebut dijalankan di PEDi Rantau Panjang dan melibatkan staf PEDi iaitu Pengurus dan petugas Jabatan Perangkaan.

Antara pengisian libat urus tersebut adalah pengenalan kepada Skim Keselamatan Sosial Bekerja Kendiri dan Suri Rumah. Mereka juga turut memberikan satu risalah berkenaan skim keselamatan sosial beserta borang pendaftaran bagi siapa siapa komuniti yang hendak mendaftar boleh mendapatkan borang di PEDi. Selain itu juga, pihak PERKESO turut mengajar cara mendaftar secara atas talian di Laman Sesawang mereka.

Diharapkan banyak lagi agensi – agensi manfaatkan perkhidmatan Pusat Ekonomi Digital dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali